Bayiku anencephely


Surat dari teman :

Assalamu alaikum…di sini aku ingin berkongsi pengalaman sedihku, aku baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 25 Nov tahun lalu.Tentunya aku dan suamiku sangat gembira apabila doktor mengesahkan aku hamil 1 bulan. Untuk memastikan kandunganku baik, tiap2 bulan aku pergi membuat pemeriksaan dan scan.Segalanya berjalan lancar dan tidak menunjukkan apa2 yang tidak normal pada kandunganku.

Tetapi pada usia kendunganku 3bulan, dokter mengatakan bahawa dia tidak nampak dengan jelas kepala bayiku, sedangkan semasa usia kandunganku 2 bulan sudah dapat melihat pembentukan kepala, badan, kaki dan juga tangannya. Bayiku juga aktif dan sentiasa bergerak2. Kata dokter mungkin keadaan rahimku yang kebawah menyebabkan sukar untuk melihat kepalanya. Aku juga tidak menafikan kerana setiap kali hendak scan aku akan pastikan pundi kencingku penuh, ini akan memudahkan semasa scan nanti. Pada bulan berikutnya, kebetulan pada waktu itu aku tidak berapa sihat dan pening2, aku berjumpa dokter untuk memastikan keadaanku. Apabila telah scan, alangkah terkejutnya aku apabila dokter mengatakan bahawa kemungkinan bayiku tidak mempunyai tempurung kepala(tengkorak). Kaki,tangan dan badannya jelas kelihatan tetapi hanya sedikit sahaja bahagian kepalanya. Kata dokter kejadian ini jarang berlaku, bayiku anencephely! Dengan perasaan sedih dan kecewa aku dapat melihat dengan jelas otak bayiku bergerak2 seiring dengan lonjakan kakinya yang aktif. Bertambah sedih apabila hari itu merupakn hari jadi suamiku. Perasaan untuk menyambut hari jadi suamiku punah sama sekali.Aku tidak mampu mengawal air mata apabila melihat takungan jernih terbit dari mata suamiku…Ya ALLAH!!! Begitu besarnya dugaan buatku dan suamiku. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Tiada soalan yang terbit dari mulutku. Aku hanya memandang suamiku dengan pelbagai perasaan yang mungkin juga suamiku rasai. Aku diberikan surat oleh doktor untuk dirujuk kepada yang pakar. Aku disarankan oleh doktor supaya melakukan pengguguran! Ya Allah! Sekiranya aku meneruskan kehamilan, kemungkinan perutku akan bertambah besar apabila bayiku tidak dapat menelan dan seterusnya mengeluarkan air ketubanku. Kata dokter, apabila keadaan otak bayiku yang terbuka,sedikit demi sedikit otaknya akan terhakis, ini akan menyebabkan sistem badannya terganggu, walaupun sememanya bayiku akan terus hidup di dalam rahimku.

Puncanya, aku kekurangan Acid Folic. Dia menyarankan ku mengambil acid folic 3bulan sebelum kehamilan. Untuk pengetahuan ibu2 semua, acid folic merupakan vitamin yang penting bagi tumbesaran bayi, ia akan membentuk tengkorak kepala(anencephely),tulang belakang (spina bifida) dan juga dapat mengelakkan dari bibir sumbing. Acid folic ini juga baik di ambil walaupun selepas bersalin. Ia terdapat pada bijirin, sayuran hijau seperti bayam dan roti. Aku kini, telah selamat melahirkan bayiku pada 18 April yang lalu jam 1.20pm.Sama juga seperti melahirkan bayi2 yang cukup bulan,aku bersalin normal&berpantang!.Bezanya bayiku masih kecil(18minggu), sudah cukup sifat dan hanya seberat 200g. Detik melahirkan bayiku amat berharga sekali walaupun aku mengetahui yang bayiku hanya sempat bernafas untuk seketika. Bertambah sayu apabila suamiku sempat melaungkan azan di sisi bayiku. Ya,anakku lelaki…aku dan suami menamakannya Muhammad Hadwan yang bermaksud yang terpuji dan ketenangan. Aku berharap agar roh anakku tenang dan aman di sisiNya.


Walaupun aku masih lagi bersedih pada saat warkah ini ditulis, tapi aku REDHA akan ketentuanNya…Aku sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk aku dan suamiku mengharungi dugaan berat ini. Semoga Allah mencucuri Rahmatnya buatku, suamiku dan juga arwah anakku. Aku bersyukur padaMu Ya ALLAH kerana menganugerahiku seorang suami yang baik dan bertanggung jawab. Aku berharap agar warkahku ini dapat memberi manfaat kepada kalian.AL-FATIHAH buat arwah anakku Muhammad Hadwan yang ibu sayang….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: